PAN Akan Bertanding Di Kerusi Milik PKR Di Permatang Pauh Untuk Halang PAS

Kalau sudah nama pun parti serpihan PAS, memang tak mustahil untuk Parti Amanah Negara (PAN) akan ‘menghantui’ PAS walau kemanapun parti Islam terbabit bertanding semasa pilihanraya umum ke-14 nanti.

Jika diimbas kembali tujuan utama penubuhan PAN yang diilhamkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, iaitu Mohamad Sabu dan beberapa rakannya yang mengkhianati perjuangan PAS, parti tersebut hanyalah bertujuan untuk menggantikan PAS yang didakwa sudah hilang matlamat perjuangan.

Namun sehingga ke hari ini, rakyat masih belum dapat melihat sedikitpun bukti bahawa PAN mampu berjuang dilandasan politik Islam seperti yang dilakukan oleh PAS selama ini. Ternyata Mohamad Sabu tak mampu membawa PAN untuk menjadi lebih islamik walaupun dikatakan beliau adalah diantara bekas pemimpin PAS yang paling hebat.

PAN dibawah pentadbiran Mohamad Sabu juga masih tidak mampu untuk menarik sokongan orang-orang melayu, apatah lagi untuk menarik penyertaan dari penyokong dan juga ahli PAS sendiri. Tambahan pula, PAN kini terpaksa bersaing dengan Parti Pribumi Bersatu Negara didalam mencari ahli baru.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa, selepas pilihanraya umum ke-14 nanti, PAN bakal menerima nasib yang sama seperti part-parti serpihan yang lainnya sebelum ini. Pilihanraya tersebut juga bakal menentukan nasib pemimpin-pemimpin PAN yang semakin hilang taring selepas meninggalkan PAS.

Perkara ini sebenarnya sudah disedari oleh pemimpin-pemimpin PAN sendiri, khususnya Mohamad Sabu. Diatas sebab tersebut, mereka kini sedang menumpukan usaha untuk merampas kerusi Dun dan Parlimen yang difikirkan berpotensi untuk mengekalkan jangka hayat PAN.

Malangnya, didalam mencari tapak yang sesuai untuk menghadapi PRU14 nanti, PAN hanya mampu mencuri tumpuan dengan menawarkan diri untuk bertanding di kerusi milik PAS dan PKR sahaja. Sebab itulah PAN dikatakan menjadi proksi DAP untuk memecahbelahkan politik orang melayu didalam negara.

Selepas PAN bertindak menawarkan diri untuk bertanding di kerusi milik PKR di Parlimen Batu sebelum ini, info yang terbaru diterima pula adalah PAN menyasarkan untuk bertanding juga di kerusi milik PKR di Parlimen Permatang Pauh di Pilihanraya Umum yang akan datang.

Alasan yang diberikan ialah, PAN mahu menghalang PAS yang dikatakan akan turut sama bertanding dikawasan Parlimen berkenaan menentang calon PKR dan UMNO. Khabarnya, hasrat PAN ini sudah direstui oleh DAP di P.Pinang.

Jika hal ini menjadi kenyataan, perebutan kerusi Parlimen P44 Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru diantara UMNO, PKR, PAS dan juga PAN. Itu belum dikira lagi dengan calon Bebas yang pasti akan cuba ‘menangguk di air keruh’.

Walau apapun, satu perkara yang menarik untuk dilihat ialah, siapakah calon yang bakal PAN letakkan di Permatang Pauh bagi menentang ‘gergasi-gergasi politik’ dari UMNO, PKR dan PAS nanti. Apakah mungkin Mohamad Sabu yang bakal bertanding? Sama-samalah kita nantikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s