Ini Antara Penipuan Di Pulau Pinang Sejak DAP Memerintah

Realiti kehidupan rakyat Pulau Pinang pada ketika ini, tidak lagi seindah dahulu… Sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, semuanya telah menjadi kacau bilau dan huru-hara! Paling teruk apabila semua harta negeri tersebut dikikis licin DAP.

Berikut adalah antara penipuan-penipuan yang sering dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mereka memerintah. Sebelum DAP menang pada pilihanraya yang lalu… Bukan main lagi DAP menabur janji manis, kononnya bakal menghapuskan Tol Sungai Nyior. Tapi sekarang ni apa yang jadi??

Bukan sahaja tol Sungai Nyior masih beroperasi seperti biasa… Malah DAP membebankan rakyat negeri tersebut apabila menaikkan caj kadar tol di beberapa kawasan di Pulau Pinang. Selepas DAP memerintah… Habis semua bukit digondolkan bagi menjalankan projek-projek besar untuk kroni mereka sahaja.

Bukan setakat bukit je yang digondolkan… DAP turut bertindak mengubah status rizab orang Melayu dan merampasnya dari orang Melayu. Hampir kesemua gerai yang diusahakan oleh golongan Melayu turut ditindas DAP.

Perniagaan orang Melayu diganggu dan gerai-gerai mereka dirobohkan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan sekali. Sedangkan gerai orang Cina yang takde lesen bersepah! Gerai orang Melayu dirobohkan dengan alasan tiada lesen perniagaan.

Tetapi ladang menternak khinzir ‘dihalalkan’, walaupun pengusaha takde permit dan lesen yang sah! Lebih melampau lagi apabila mereka bertindak menternak khinzir di kawasan perumahan orang Melayu. Semua yang dilakukan DAP kini hanyalah satu penipuan bagi menjaga periuk nasi kroni mereka.

Menentang Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang diketengahkan oleh PAS… Menggelarkan parti PAS sebagai babi dan bangsat! DAP memang biadap! Kebajikan mangsa banjir di Pulau Pinang langsung tidak dijaga! Jadi, mana janji-janji DAP sebelum dorang menang pilihanraya dahulu?

Sudah terang lagi bersuluh yang semua janji mereka itu adalah palsu! Apa yang tinggal dalam pemerintahan DAP hanyalah pembohongan dan bangkai busuk yang menghantui penduduk Pulau Pinang. Apa akan jadi kepada Pulau Pinang, jika DAP terus memerintah? Boleh jadi ia akan dijual sepenuhnya dan keuntungan dikaut licin oleh DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s