DAP Dan PAN Dimalukan Dengan Teruk Oleh PAS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kononnya nak tunjuk hero dihadapan hadirin yang hadir dalam ceramah mega yang dianjurkan oleh PAS, apabila mereka bertindak memujuk PAS untuk kembali bersama DAP dan Parti Amanah negara (PAN).

Namun begitu, tindakan PPBM itu hanya memalukan DAP dan PAN kembali apabila tawaran dan pujukan tersebut ditolak mentah-mentah dan ‘direject’ serta merta oleh PAS dihadapan penyokong mereka sendiri.

Perhhhhh… Malu besar beb! Mana nak letak muka ni?? Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat bertindak menolak mentah-mentah tawaran dan usaha bagi menyatukan pembangkang untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Tegasnya, PAS langsung tidak ada sebarang hubungan dengan DAP mahupun PAN… Sambil menegaskan mereka masih mempunyai hubungan baik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)… Tetapi kesinambungan antara PPBM dan PAS masih lagi dalam pengiraan.

Mana tak malu beb! Dah la ceramah mega tu dianjurkan oleh PAS dan disertai oleh semua parti pembangkang. PPBM nak tunjuk hebat kononnya mampu memujuk PAS kembali dalam Pakatan Harapan… Tetapi malangnya ditolak terus oleh PAS. Sadis betul, mesti dorang tengah frust sekarang ni.. Hahaha..

PAS memberi kata putus dengan mengatakan semua parti pembangkang yang lain, diharamkan dari bertanding di 70 kerusi PAS sebelum apa-apa perbincangan atau kerjasama dijalankan. Syarat tersebut wajib dituruti jika parti pembangkang lain tidak mahu lihat PAS buat kacau dalam rumah mereka.

Nampaknya Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi gagal untuk memujuk PAS setelah berminggu-minggu berusaha memujuk Tuan Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersetuju menyertai pakatan pembangkang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s