#7harimencintaiku : Buntat Berjaya Curi Hati Rakyat Malaysia

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ yang dilakonkan pelakon popular, iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha sememangnya mendapat sambutan hangat dikalangan peminat-peminat drama tanah air.. Miss tengok drama yang sudah hampir untuk melabuhkan tirai ni, dah menjadi bualan hangat dan trending setiap kali ditayangkan..

Walaupun kebiasaannya setiap drama menumpukan perhatian kepada watak utama, tapi Miss tengok salah satu sebab drama ni popular kerana watak Buntat yang dilakonkan oleh adik Muhammad Ariff Abdullah, 12.. Watak tersebut telah menarik perhatian ramai..

U’olls pun tahu kan watak Buntat dalam drama berkenaan adalah seorang budak lelaki istimewa.. Episod semalam menjadi bualan hangat dalam media sosial disebabkan Buntat.. Mana tidaknya, watak Buntat dah dimatikan dalam keadaan yang menyayat hati.. Sedih betul..

Miss tengok dari semalam sampai kan ke hari ni, watak Buntat masih lagi menjadi bualan hangat netizen.. U’olls tengok jer lah tweet-tweet yang berkaitan dengan Buntat, masih ramai tak boleh nak ‘move on’ bila Buntat dah mati.. Hahaha.. Popular pulak budak comot ni kan!

Nampaknya penerbit drama berkenaan, Datuk Ziela Jalil kena berterima kasih banyak kepada Buntat kerana berjaya popularkan drama berkenaan.. Hahaha.. Tapi kalau u’olls rindu dengan ‘Buntat’ lepas ni, u’olls tunggu lah filem pertama lakonan beliau.. Miss dengar ‘Buntat’ bakal muncul dalam filem yang berjudul Jibam pada Julai tahun hadapan.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s