Video Anwar Kutuk Mahathir Sekali Lagi Menjadi Viral

Sekali lagi satu klip video berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi viral di media sosial. Klip video terbabit memaparkan bagaimana Anwar begitu mengkeji dan mengutuk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu sesi ceramah… Anwar menggambarkan Mahathir sebagai seorang pencuri harta negara. Bukan itu sahaja, dalam isi kandungan video terbabit turut mendedahkan sebab Mahathir memecatnya dan menggagalkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri pada masa itu.

Mahathir digambarkan sebagai seorang yang paling takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Nak tahu kenapa Mahathir takut sangat?? Sebab hartanya sangat banyak! Bahkan harta anak-anaknya juga turut mencecah berbillion-billion ringgit!

Kalau tak percaya, korang nilaikanlah kontrak Petronas Mahathir dahulu… Bukan hanya Petronas… Malah kontrak Kencana Pertoleum milik Mokhzani Mahathir! Semuanya dorang kebas! Apa takde Melayu, Cina, Dayak atau bangsa lain yang pandai berniaga selain Mokhzani ke?? Semua kontrak dapat kat anak Mahathir!

Video berdurasi lebih seminit itu juga turut mempersoalkan keputusan Malaysia Airlines (MAS) semasa Mahathir menjadi Penasihat syarikat penerbangan tersebut. Pada ketika itu, MAS hanya akan membeli minyak pada syarikat milik anaknya, iaitu Petron selama enam bulan.

Itu baru sikit… Tak sebut lagi pasal anak Mahathir yang seorang lagi, Mirzan! Mirzan siap beli syarikat bir St. Miguel di Filipina dengan harga RM2.9 bilion secara tunai. Mana dia dapat duit sebanyak tu? Tak kan menang loteri setiap hari kot? Ujar Anwar.

Kekayaan Mahathir dan anak-anaknya berbillion-billion ringgit tapi takde siapa pertikaikan! Mahathir pula senyap sepi apabila orang sentuh mengenai isu kekayaannya. Takut kantoi mungkin! Hairan, siapa yang merompak negara sebenarnya? Atau mungkin negara ni Mahathir yang punya! Hingga habis harta negara dia kaut bagi kat anak-anaknya. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s