Tukang Sapu Sampah Dapat Rantai Emas Selepas Dihina Netizen

Apa pun pekerjaan korang, tak payah la nak hina pekerjaan orang lain.. Janji orang tu kerja untuk mencari rezeki yang halal.. Hidup ni ibarat roda, hari ini korang di atas.. Esok lusa, mana tahu korang ada dibawah pulak..

Di Riyadh, seorang tukang sampah dah dapat durian runtuh hasil dari dihina oleh pengguna laman sosial.. Gambar tukang sampah yang dikenali sebagai Nazer tengah dok merenung barang kemas di sebuah kedai emas telah dihina netizen.. Tengah dok sapu sampah berhampiran dengan kedai barang kemas, Nazer berehat seketika dan sempat merenung beberapa set barang kemas kat kedai tu.. Tak sangka ada orang tangkap gambar Nazer dan viralkan di laman sosial..

Dorang rasa tukang sapu sampah macam Nazer memang tak layak nak pandang benda mahal macam tu.. Iyerlah, pandang pun bukan Nazer ni mampu nak beli.. Bagi netizen yang menghina Nazer, dorang rasa Nazer tak layak untuk tengok barang kemas.. Nazer cuma layak tengok sampah je..

Amboi, sedapnya mulut pengguna laman sosial tu nak hina orang.. Orang yang cakap tu pun belum tentu dapat beli barang kemas mahal macam tu..

Sebabkan Nazer ni dah dihina teruk oleh netizen yang berhati busuk.. Ada netizen yang berhati mulia, yang dikenali sebagai Abdullah dah lancarkan kempen kat Twitter untuk bantu Nazer..

Sebabkan kempen itu, Nazer telah dihadiahkan set barangan kemas oleh lelaki yang tidak dikenali.. Sampai sekarang Nazer masih lagi terima hadiah dan duit dari orang ramai.. Itulah yang orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah Nazer ni siapa yang tahu.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s