Syamsul Yusof Bukan Penyanyi Yang ‘Syok Sendiri’

Nama pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof, tak perlu lah Miss memperkenalkan lagi.. Syamsul merupakan satu nama besar dalam industri seni, lebih-lebih lagi Syamsul anak kepada pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dan jugak abang kepada pelakon dan pengarah filem, Syafiq Yusof..

Elok sangat lah satu keluarga merupakan pengarah filem.. Gempak sangat!! Ini Miss nak cerita pasal si Syamsul, Miss dengar ada pihak yang tak senang dan mempertikaikan bila Syamsul menjadi seorang penyanyi.. Betul ke??

U’ollls pun tahu kan, sekarang ni Syamsul dah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.. Dah ramai sekarang ni pelakon yang menjadi penyanyi.. Perkara tu pun disedari sendiri oleh Syamsul.. Mungkin pihak tersebut memikirkan Syamsul jadi penyanyi ni hanya sebab syok sendiri..

Tapi macam mana pun Syamsul telah membuktikan karya nyanyiannya bukan sekadar syok sendiri, malah lagu ‘Kalah Dalam Menang’ nyanyian Syamsul bersama Mawi telah terpilih ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung tak lama lagi..

Walaupun Syamsul sedar ada pihak yang tak suka dan kritik dia jadi penyanyi, tapi Syamsul tak ambil serius perkara tu dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam bidang nyanyian.. Miss dengar Syamsul merancang untuk mengeluarkan single pertamanya tahun depan..

Amboi.. Nak keluarkan single pulak dah!! Nampak sangat Syamsul betul-betul serius nak jadi penyanyi.. Syamsul akan menyanyikan lagu tu sepenuhnya ke?? Boleh ke?? Yela, kebiasaannya Miss dengar Syamsul sesuai berduet dengan penyanyi lain dan menyanyikan dalam rentak rap jer..

Kalau Syamsul sendiri menyanyikan lagu tu sepenuhnya, tak tahu lah macam mana jadinya.. Tunggu dan lihat jer lah! Yang penting jangan jadi macam pelakon Fazura sudah lah, menyanyi sebab syok sendiri.. Bila menyanyi secara ‘live’ sumbang jer dengar.. Hahhaa.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s