PAS Kuantan Umum Putuskan Hubungan Dengan PKR Kuantan!!

Jangan main-main dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekarang ni… Parti atau individu mana yang cari pasal dengan dorang sekarang ni, terus kena cantas! Gomez syak, dorang ni tengah musim datang bulan kot.. Sebab tu angin semacam je! Hahaha…

Masak la Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuantan kali ini… Gara-gara keceluparan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh menghentam parti PAS di laman sosial Facebook. Jentera pilihanraya PAS DUN Tanjung Lumpur bertindak memutuskan hubungan dengan PKR Kuantan menjelang Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Nahhhhhh!! Inilah akibatnya kalau mulut tu takde insurans! Tak pasal-pasal PKR Kuantan akan mengalami kesukaran bagi mempertahankan kerusi tu nanti. Yela, dah PAS Kuantan boikot PKR.. Jadi parti mana lagi yang nak bantu dorang dalam PRU14 nanti??

Keputusan mahu memboikot tersebut dibuat dalam satu kenyataan rasmi oleh Sulong Jaafar, Setiausaha JPRD PAS DUN Tanjung Lumpur.. Tindakan tersebut diambil sebagai satu pengajaran kepada perangai Fuziah Salleh yang mulut longkang dan biadap tersebut.

Fuziah bertindak biadap dengan mengeluarkan kenyataan panas menghentam tindakan PAS yang bekerjasama dengan UMNO dalam Majlis Himpunan Ummah Untuk Rohingya. Fuziah menyifatkan kerjasama antara PAS dan UMNO itu sebagai tidak bersungguh-sungguh dan hanya berlakon bagi menunjukkan politik matang.

PAS menegaskan bahawa segala rundingan dengan PKR Kuantan akan ditutup sehingga Fuziah memohon maaf secara terbuka kepada pihak PAS. Parti itu menegaskan tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana individu yang biadap, dan keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam  mesyuarat MTD Tanjung Lumpur.

Tindakan PAS tersebut pastinya akan menyukarkan Fuziah untuk mempertahankan kedudukannya.. Itulah! Dah la menang atas bantuan PAS… Senang-senang je hina PAS. Nahhh, tu makan dia!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s