PAS Beri Amaran Kepada Nurul Izzah Supaya Jangan Menyibuk!!

Parti Islam PAS langsung tidak terkesan dengan amaran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mendesak PAS supaya mempertimbangkan semula hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini menjadi milik ibunya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut ketua Penerangan Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Nurul Izzah tidak perlu masuk campur dalam urusan PAS dan jangan sesekali menyibuk. PAS akan bertanding di Permatang Pauh bagi mengetengahkan dasar politik dan pentadbiran Islam yang sepatutnya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini dilihat gagal untuk untuk memperjuangkan Islam dalam pentadbiran mereka. Bukan itu sahaja, tingkah laku pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah gagal untuk mentadbir kawasan dengan baik, sama seperti ibunya.

Bahkan mereka ini dilihat kerap menghentam dan menyerang parti Islam tersebut termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  yang turut terkena tempias. Nurul Izzah tak perlu berlagak hero dengan menawarkan rundingan, jika dirinya sendiri kerap memperlekehkan kepimpinan PAS.

Khairuddin mendakwa, PKR begitu tegas dengan PAS apabila melarang parti itu agar tidak mengganggu kerusi mereka… Akan tetapi kenapa PKR membiarkan sekutu mereka iaitu Parti Amanah Negara (PAN) terus-terusan mengganggu kerusi milik PAS.

Jadi daripada Nurul Izzah menyekolahkan PAS agar kembali kepada agenda asal, yakni bertanding menentang Barisan Nasional (BN)… Adalah lebih baik jika Nurul Izzah sekolahkan PAN agar tidak mengganggu kerusi PAS. Apa jaminan PKR jika PAS tidak mengganggu kerusi mereka?? Adakah PAN juga akan bertindak sebegitu?

Kalau PKR tak benarkan PAS bertanding di kerusi mereka dan parti pembangkang yang lain… Tetapi Pakatan Harapan bertindak meletakkan calon di kawasan yang dipertandingkan oleh PAS… 

Ini bermakna dorang akan makan keliling dan untung besar. PAS juga yang akan rugi akhirnya. Disebabkan itu, PAS memberi amaran kepada Nurul izzah supaya jaga hal masing-masing. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s