Parti Komponen BN Perlu Tangkas Menangkis ‘Peluru Berpandu Politik’

Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tangkas menangkis ‘peluru berpandu politik’ yang dilancarkan pembangkang, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakin banyak fitnah dilemparkan bagaikan ‘peluru berpandu’ yang ditembak dari dekat dan jauh terhadap kerajaan dan BN serta individu dalam kepimpinan BN.

“Dalam keadaan demikian, kepimpinan dalam parti komponen BN, parti-parti yang bersahabat dengan BN serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah menghadapi semua fitnah itu dan bukannya hanya berdiam diri,” katanya.

Katanya keakraban dalam kalangan kepimpinan dan parti-parti komponen BN mampu menangkis tembakan peluru politik.

Sebagai contoh, katanya, tohmahan kononnya kerajaan membawa masuk 700,000 pekerja asing ke negara untuk diberi taraf kewarganegaraan, adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kita perlu tolak apa yang dibalingkan mereka. Keakraban yang terjalin antara pemimpin adalah asas untuk menongkah tohmahan yang datang kepada kita.

“Saya yakin masyarakat tidak mudah percaya tohmahan yang dilemparkan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyeru semua pemimpin parti politik dan NGO yang mewakili masyarakat India supaya tampil berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dirinya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun, banyak lagi yang perlu dilakukan termasuk tentang pendidikan dan sosioekonomi demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

“Perdana menteri ikhlas membantu masyarakat India mengatasi semua masalah ini. Saya juga komited untuk membantu beliau (berbuat demikian),” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid meminta IPF supaya terus membantu BN mendapatkan sokongan masyarakat India dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s