Mukhriz Sah Sudah Kena Sindrom Gila Talak!!

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini disahkan ‘mengidap’ penyakit sindrom gila talak, apabila dia dilihat tidak habis-habis mengambil peduli mengenai isu dalaman parti melayu UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata demikian kerana Mukhriz kini sering mengetengahkan sentimen parti tersebut dan bertindak menjadikan ia sebagai modal bagi menyerang parti UMNO.

Terbaru, Mukhriz mendedahkan kononnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah menghantar surat perletakan jawatan dan dipujuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bukan itu sahaja, Mukhriz juga berkata pernah bertemu Khairy pada tahun 2015.

Dalam pertemuan tersebut, Mukhriz berkata Khairy bakal letak jawatan dan akan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan. Tindak-tanduk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut jelas menunjukkan sikap gila talak yang menghantui dirinya!!

Mukhriz cuba mengucar-kacirkan dengan pelbagai muslihat dan ini merupakan muslihat beliau yang terbaru, setelah dia gagal dalam beberapa percubaan sebelum ini.. Mukhriz ni sebenarnya bukan seorang yang berani… Prinsip hidup pun takde! Hairan, kalau iye pun UMNO ada krisis dalaman… Ada kena mengena dengan Mukhriz ke?

Jika benar ada penyerahan surat letak jawatan oleh ketua pemuda UMNO itu, ia langsung takde kena mengena dengan Mukhriz. Menjadi hak prerogatif Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima ataupun menolak perletakan jawatan tersebut… Boboi tu takyah sibuk sangat!

Kenapa tak tumpukan sahaja perhatian terhadap hala tuju parti PPBM dorang tu?? Tidak perlu sibuk perihal dalam kain parti lain… Perkukuhkan parti sendiri sebelum cuba untuk menumbangkan parti lain. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s