Interchange Telah Bawa Nama Malaysia Ke Seluruh Dunia

Interchange adalah buah tangan ketiga daripada sutradara tersohor tanah air, Dain Iskandar Said selepas Bunohan dan Dukun.

Ada apa dengan filem ini sehingga menjadi sebutan ramai? Bukan saja di dalam Malaysia malah filem ini juga turut ditayangkan di festival-festival di luar negara.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat sepertil Iedil Putra sebagai Adam, Shaheizy Sam sebagai Man, Iva lakonan Prisia Nasution, Nicholas Saputra sebagai Belian, Nadiya Nisaa sebagai Sani dan ramai lagi.

Filem yang selesai penggambarannya pada tahun lalu ini mendapat sambutan luar biasa daripada penonton dan penganjur filem festival antarabangsa Locarno di World Premiere pada 5 Ogos lalu.

Ia juga dijemput untuk ditayangkan sebagai tayangan perdana Amerika Utara di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September ini.

Selain itu, Interchange juga dijadualkan menyertai beberapa festival filem antarabangsa seperti BFI London International Film Festival (5-16 Oktober 2016), Sitges International Fantastic Film Festival dan banyak lagi.

Apa yang pasti filem ini telah membawa nama industri perfileman Malaysia ke serata dunia!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s