Pembangkang Cuba Laga-Lagakan Najib Razak Dan Zahid Hamidi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bahawa pembangkang kini cuba memporak-perandakan hubungan rapat dengan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mungkin tindakan pembangkang itu berlaku akibat rasa cemburu dengan solidariti yang ditunjukkan jentera UMNO pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

Pembangkang cuba mengucar-kacirkan hubungan Najib dengan timbalan perdana menteri dengan cara menyebarkan khabar angin palsu. Boleh jadi pembangkang fikir, Zahid selama ini memperjuangkan kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan parti atau nasional seperti beberapa bekas anggota UMNO sebelum ini.

Pembangkang ingat Zahid tu macam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kot! Hahaha! Bermacam cara pembangkang gunakan bagi memecahbelahkan hubungan rapat antara dua pemimpin tersebut. Namun ia menemui kegagalan.

Dorang tak kenal siapa UMNO… Mereka tak mampu nilai bagaimana kesetiaan anggotanya terhadap parti Melayu itu, yang sanggup susah senang bersama! Setia bersama kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi.

Dalam kesibukan pembangkang mahu melagakan Najib dan Zahid… Hakikatnya pembangkang yang sedang berpecah belah sekarang. Terpaksa bersama dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri..

Keterdesakan pembangkang kian teserlah apabila mereka cuba melagakan Najib dengan Zahid dengan mencipta sepucuk surat yang katanya ditandatangani Zahid, sambil menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan turut menamakan barisan kabinet bayangan Zahid.

Surat tersebut turut tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp. Haha! Ini semua mesti kerja DAP… Yela sebelum ni DAP pun buat benda yang sama juga, reka kabinet bayangan dengan menamakan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s