Maria Chin Mahu Dilayan Umpama Permaisuri Ketika Di Penjara

Kalau dah nama pun tahanan penjara… Jadi tak kan la layanannya umpama di Istana Raja?? Baik tak payah panggil penjara kalau dah macam tu. Pelik betul dengan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ni!!

Ada patut dia nak orang layan dia umpama permaisuri ketika dia ditahan di dalam penjara! Hahaha! Hang ingat hang sapa? Permaisuri raja!

Maria sebelum ini menuduh menerima layanan yang buruk ketika ditahan baru-baru ini… Layanan buruk bagaimana?? Adakah Maria dipukul? Tapi takde kesan pukul pun! Ka Maria nak makan sedap-sedap dalam penjara? Tidur atas tilam mewah Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy?

Hello…. Ini penjara bebb! Bukan istana raja yer, nak makan sedap-sedap tidur atas katil empuk! Itu la, siapa suruh nak main politik sangat! Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Maria harus tanggung akibat kalau dia nak sangat terbabit dalam dunia politik.

Maria nak main politik… Tapi apabila dia melakukan kesalahan dan disiasat pihak berkuasa… Maria menuduh pihak polis mengganggunya dan menerima layanan buruk. Gomez tengok Maria tak cedera pun, jadi dimana layanan buruk yang dikatakan Maria tu??

Jazlan menjelaskan, Maria disiasat kerana didakwa menerima dana asing dan tidak ada gangguan terhadap mereka seperti yang didakwa. Pihak polis menjalankan siasatan terhadap Maria kerana pembabitannya di dalam aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.

Maria sebelum ini ditahan selama 11 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Itu la, lain kali kalau tak sanggup tanggung akibat, jangan bermain dengan api. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s