Mahathir Galakkan Orang Islam Supaya Murtad??

Terdahulu, gempar satu Malaysia dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila dia bertindak menghina Baginda Rasulullah SAW semasa di Konvensyen Kebangsaan DAP 2016. Berbanggalah Mahathir apabila dapat menghina agama sendiri dihadapan rakyat DAP.

Sekarang ini bertambah megah penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut, apabila sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan Allah tidak mengkehendaki semua umat manusia untuk memeluk Islam.

Apa sebenarnya motif Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut?? Adakah dia cuba untuk memanipulasikan pemikiran orang Islam dengan melakukan  kenyataan provokasi agama sedemikian? Tindakan Mahathir ini tidak ubah seperti menggalakkan umat Islam untuk murtad.

Cuba korang fikirkan… Mahathir mendakwa Allah tidak mengkehendaki umat manusia memeluk Islam… Adakah ini bermakna Mahathir memberi lampu hijau kepada orang Islam yang tidak mahu berada dalam agama tersebut?

Kalau orang Islam yang jenis iman tak kuat dan pegangan imannya kendur… Pastinya dorang akan manipulasikan ayat Mahathir ini. Mereka akan faham bahawa apabila Allah tidak mewajibkan setiap umat Islam memeluk agama Islam, ini bermakna mereka bebas untuk memilih agama lain dan menjadi murtad.

Tapi bagi manusia yang ada agama… Mereka akan faham bahawa Allah tidak mencipta semua umat manusia di muka bumi ini sebagai beragama Islam dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka bebas untuk memeluk Islam tanpa paksaan. 

Itu yang membawa maksud Allah tidak mengkehendaki semua umat manusia memeluk Islam. Tapi kalau yang jenis takde agama ni, mesti dorang akan fikir ayat Mahathir ini umpama memberi kata galakkan bagi orang Islam yang tak suka pada agama islam untuk murtad.

Jadi berhati-hatilah dalam berkata-kata… Lantang sangat pun tak boleh jugak! Inilah jadinya kalau bersahabat baik dengan DAP. Maruah agama sendiri pun sudah tidak mampu dijaga Mahathir. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s