Kenapa Kit Siang Tiba-Tiba Ambil Berat Mengenai Isu Orang Asli??

Entah apa yang Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mimpi malam tadi sehingga dia sanggup menggesa Perlembagaan Malaysia dipinda bagi membolehkan Orang Asli (OA) mendapat keistimewaan setaraf dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera, hari ini.

Masakan tidak, sebelum ini bukan setakat Orang Asli je yang Kit Siang abaikan… Malah keistimewaan orang Melayu dan hak bumiputera juga tidak diendahkannya. Terkejut beruk Gomez apabila tidak semena-mena, Kit Siang nak memperjuangkan hak untuk Orang Asli pulak, biar betul ni!

Jangan-jangan ada udang disebalik batu kot! Yela, sebelum ni Orang Asli telah dihimpit kontroversi kerana isu pembalakan di Kelantan. Jadi tindakan Kit Siang yang kononnya ingin menuntut hak keistimewaan seperti  pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa, perniagaan dan perlindungan dalam soal tanah rizab itu, umpama umpan bagi memenangi hati Orang Asli.

Nak buat baik dengan Orang Asli bagi mencantas kawasan yang dinaungi parti PAS.. Hhmm, mungkin la! Orang Asli jangan mudah terpedaya dengan lakonan geng DAP ini! Sedangkan orang Melayu di Pulau Pinang pun ditindas! Tiba-tiba nak buat baik pulak dengan Orang Asli.

Lincah betul Kit Siang ambil kesempatan dalam kesulitan ini… Dorang tahu Orang Asli kini mengalami konflik dengan PAS, jadi DAP ambil kesempatan untuk cucuk jarum.

DAP menabur janji manis, kononnya akan menyokong kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik yang lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kononnya nak bagi semua orang nikmati keistimewaan tersebut. Puiih!

Hairan betul, kenapa sebelum ini DAP langsung tidak pernah sentuh perihal Orang Asli?? Bila timbul kontroversi isu balak di Kelantan yang melibatkan Orang Asli… Tiba-tiba sahaja DAP dan Kit Siang jadi ambil berat soal hak keistimewaan mereka. Apa sebenarnya agenda disebalik lakonan Kit Siang ni?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s