Justin Bieber Maki Hamun Paparazzi!!

Ada-ada saja hal yang dia nak buat kan!! Justin Bieber sememangnya terkenal dengan masalah sosial yang beliau sering timbulkan.. Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Company’ ini sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi-kontroversi panas..

Terbaru, Miss dengar nama Justin menjadi bualan hangat kerana beliau dikatakan memaki sekumpulan paparazzi yang berkerumun ingin mengambil gambarnya.. Aikss! Tak kan tak biasa dihimpit dengan paparazzi kot Justin?? Tak kan disebabkan tu pun nak melenting..

Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas Justin keluar dari pusat gym.. Sebaik sahaja Justin keluar, sekumpulan paparazzi mula berpusu-pusu dan menjerit namanya untuk mengambil gambar.. Biasa lah, apa saja yang dilakukan artis popular macam Justin pasti akan menarik perhatian paparazzi..

Dek kerana rimas dengan kelakuan paparazzi tersebut, Justin telah meninggikan suaranya meminta kesemua paparazzi tu diam dengan menggunakan kata kesat ‘fu*king’.. Tapi tindakan Justin itu sebenarnya, hanyalah untuk mengelak dari tercetusnya pergaduhan diantara mereka..

Yela, bila dok bertolak-tolak macam tu mungkin akan menimbulkan kejadian yang tak diingini.. Itu pasal Justin cuba tenangkan kesemua paparazzi tersebut.. Lagipun ni bukan kali pertama Justin bersikap kasar dengan paparazzi.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s