Institusi Yang di-Pertuan Agong Perlu Terus Dipelihara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong, perlu terus dipelihara bagi memastikan rukun dan keharmonian negara terus dapat dirasai generasi baharu.

Institusi Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik negara. Oleh itu dalam konteks kerajaan, institusi tersebut harus dipertahankan semua pihak agar ia menjadi milik kita semua tanpa berkecuali.

Ketika berucap dalam Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara malam tadi, Najib menegaskan institusi tersebut tidak hanya memayungi masyarakat Melayu Islam dan bumiputera sahaja.

Malah ia turut merangkumi semua secara inklusif melindungi hak dan kepentingan yang sah kepada semua kaum serta agama lain. Walaupun ia diwujudkan melalui Perlembagaan Persekutuan dan diberi peranan dan tanggungjawabnya.

Namun begitu, ia masih lagi bertunjangkan nilai sejarah, tradisi dan budaya bangsa serta tamadun alam Melayu. Setiap tindakan dari institusi tersebut tetap berlandaskan prinsip kelaziman dan rundingan yang sangat halus dan berhati-hati. Bukannya boleh buat ikut suka je.

Ini menunjukkan bahawa institusi tersebut diberi kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Jangan sampai ada rakyat Malaysia sendiri yang menghina institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Jangan jadi seperti sesetengah pemimpin yang sanggup memperlekehkan kuasa raja hanya kerana dendam politik. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s