Fattah Amin Akui Senang Dengan Neelofa Tapi Masih Belum Mahu Berkahwin

Sejak fenomena drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’, pelakon utama drama berkenaan iaitu Fattah Amin dan Neelofa sering menjadi bualan hangat.. Mana tak hangatnya bila kedua pelakon tersebut sering menonjolkan kemesraan bersama, tak kira ketika berlakon atau selepas tamat drama berkenaan..

Itu sebab lah nama Fattah dan Neelofa sentiasa meniti di bibir peminat.. U’olls pun tahu kan, semakin hari Fattah dan Neelofa ni semakin rapat je.. Itu sebablah peminat fanatik dorang tak sabar-sabar dan meletakkan harapan tinggi untuk melihat pasangan tu benar-benar bercinta sampai ke jinjang pelamin..

Tetapi Miss rasa peminat fanatik pasangan tersebut, perlu lupakan angan-angan dorang untuk melihat Fattah dan Neelofa berkahwin.. Yela, Miss dengar Fattah mengaku memang rapat dengan Neelofa tapi buat masa ni Fattah belum terfikir untuk berkahwin lagi..

Nampaknya kempunan lah peminat pasangan tu nak tengok dorang berkahwin.. Hahaha.. Fattah kononnya nak fokus kat kerjaya dan perniagaannya dulu.. Macam ni lah ‘drama’ pasangan ni.. Rapat macam pasangan kekasih, tapi masih dok main ‘tarik tali’ lagi..

Kalau dah mampu dan saling menyukai antara satu sama lain tu, Miss rasa cepat-cepat lah Fattah pinang Neelofa.. Lagipun Miss tengok nama Fattah dah semakin kukuh dalam industri seni, job pun sentiasa masuk.. Lambat-lambat nanti, Neelofa cari orang lain baru lah nak menyesal! Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s