Amira Othman Jadi Semangat Untuk Azhar Osman Menjadi Pelakon Sepenuh Masa

Nama Mohd Azhar Osman mungkin masih lagi asing didengari dan ramai yang akan tertanya-tanya siapa, tetapi Miss rasa kalau sebut Azhar daripada kumpulan duo Azhael mesti ramai yang mengenali penyanyi hensem tu kan.. Kumpulan duo Azhael bukan lah satu nama yang asing lagi dalam industri muzik..

Miss sebenarnya bukan nak menceritakan pasal perkembangan kumpulan yang dianggotai dua lelaki tu pun, ini Miss nak cerita pasal Azhar jer.. Miss dengar Azhar kini dah mula semangat untuk serius dalam lakonan.. Tetapi menariknya tu, semangat Azhar untuk serius berlakon disebabkan seseorang u’olls.. Hah, cer korang teka siapa yang buat Azhar semangat nak berlakon tu??

U’olls mesti kenal siapa penyanyi Amira Othman kan?? Kalau u’olls nak tahu, Amira lah penyebab Azhar bersemangat dan ingin serius dalam berlakon.. Azhar kononnya mengatakan semangat nak serius berlakon selepas melihat lakonan Amira menerusi drama ‘Abang Bomba I Love You’..

Kononnya Amira lah pembakar semangat Azhar kerana tengok percubaan pertama Amira dalam lakonan sangat baik.. Tak silap Miss, Azhar sebenarnya bukannya tak pernah berlakon.. Azhar pernah berlakon dalam telemovie ‘Cinta Di Gerai’ dua tahun lalu dengan pelakon Erin Malek..

Mungkin masa tu tak ada siapa yang nak memberi semangat.. Kini dah ada seseorang yang memberi semangat untuk kembali berlakon, walaupun semangat tu dapat daripada bekas kekasih.. Hahaha.. Ataupun Azhar masih ada hati dengan Amira?? Sengaja memberi alasan melihat lakonan Amira sebagai pembakar semangatnya untuk berlakon.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s