Aiman Tino Bakal Buat Kejutan Di Pentas AJL31

Penyanyi muda yang popular menerusi lagu ‘Ku Rela Di Benci’, Aiman Tino, sememangnya menjadi pujaan ramai sekarang.. Terutamanya dari kalangan peminat remaja..

Baru jer memasuki industri muzik, Aiman telah mencipta kejutan dengan lagunya telah terpilih untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 31(AJL31) yang bakal berlangsung pada 22 Januari depan.. Bukan senang nak masuk anugerah berprestij ni, Aiman bertuah kerana tak sampai setahun jadi penyanyi dah boleh beraksi atas pentas AJL..

Terbaru, Miss dengar Aiman dikatakan bakal membuat kejutan di pentas AJL nanti.. U’olls pun tahu kan, baru-baru ni lagu Aiman hangat diperkatakan kerana lagu tu dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian..

Jadi produksi AJL31 mohon lirik lagu tersebut ditukar.. Aiman dikatakan telah menukar lirik lagu tersebut seperti yang pihak produksi mahukan.. Walaupun lirik ditukar, Aiman mengatakan tumpuan untuk memberikan persembahan terbaik pada malam tu tak akan terjejas..

Biasalah bukan senang nak puaskan hati semua orang, masing-masing ada pendapat sendiri.. Miss harap Aiman mengambil perkara ni dari sudut positif jer lah!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s