Teman Lelaki Makan Muka Kekasih Kerana Berang Nak Kena Tinggal

Seram sangat wei kalau ada teman lelaki psycho macam ni.. Sebabkan cemburu, teman lelaki sanggup ‘makan’muka aweknya sebanyak 21 kali dengan harapan kalau muka aweknya dah kena kunyah, tak ada lelaki lain yang akan ganggu awek dia lagi..

Di Somerset, seorang wanita yang dikenali sebagai Melody Moon terpaksa berdepan dengan trauma seumur hidup bila bekas kekasihnya, Jamie Mitchell dah mengamuk dan mula pukul dan makan mukanya sebab Melody nak putuskan hubungan mereka..

Siapa yang nak becinta dengan lelaki panas baran dan suka pukul kan?? Sebabkan selalu sangat dikasari sepanjang mereka dok bercinta.. Melody telah mengambil keputusan untuk minta putus dengan Jamie.. Tapi Melody tak sangka pula Jamie ni jenis pendendam..

Jamie jemput Melody datang rumah untuk bincang sesuatu, dan bila Melody sampai di rumah tersebut.. Jamie jadi macam orang gila, mula menumbuk dan makan muka Melody..

Memang teruk juga kecederaan yang dialami Melody.. Ada kecederaan di anak mata, patah hidung, bibir, badan dan seluruh muka menjadi bengkak.. Nasib baik jeritan Melody didengari jiran sebelum mereka bertindak menghubungi pihak polis..

Nampaknya hajat Jamie nak buatkan muka Melody menjadi buruk telah berjaya.. Disebabkan beberapa kecederaan yang berlaku, muka Melody telah mengalami kecacatan kekal..

Kalau nak bercinta tu jangan la sampai bercinta dengan lelaki gila macam ni.. Kerana tak dapat terima kenyataan dirinya akan kena tinggal, terus cederakan muka bekas kekasih dia supaya menjadi hodoh.. Dia fikir bila bekas kekasih tu dah hodoh, tak adalah lelaki lain yang mahukan perempuan tu lagi.. – MissA/UtaraNews

https://youtu.be/lTOTMH4OR9M

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s