Lana Nordin Dan Suami Teringin Anak Lelaki Pulak

Dah lama Miss tak dengar cerita pasal pelakon Lana Nordin.. Pelakon yang pernah diberi gelaran pelakon seksi ni dah lama menyepi dalam industri seni selepas berkahwin.. Maklum lah dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa dan menetap di luar negara kan..

Terbaru, Miss dengar Lana dan suaminya ingin menambah anak lagi selepas melahirkan anak sulung dorang, Gia Quinn McKienzi pada awal tahun lalu.. Kali ni pasangan tu inginkan anak lelaki pulak.. Nak sepasang lah ni yer??

Lana mengatakan suaminya teringin ingin memiliki anak lelaki pulak supaya nama keluarganya, McKienzi dapat diwariskan kepada anak lelaki.. Yela, kalau anak perempuan tak boleh lah nak mewarisi nama keluarga.. Betul tak??

Tak silap Miss, suami Lana merupakan anak lelaki tunggal didalam keluarnya.. Itu sebab lah suami Lana teringin benor nak anak lelaki.. Tetapi kita hanya mampu merancang jer, Tuhan yang menentukannya.. Kalau Lana dapat anak lelaki mesti hensem macam bapaknya.. Hahhaa..

Lagipun anak perempuan Lana pun comel.. Comel jer Miss tengok keletah Gia bila videonya dimuat naik ibunya di media sosial.. Apa-apa pun, Miss ucapkan selamat berjaya untuk Lana mendapat anak lelaki.. Hahhaa.. Tapi tak kisah lah dapat anak lelaki atau perempuan sekali pun, janji dorang sekeluarga bahagia.. Itu yang penting!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s