Dijangka 15,000 Rakyat Kedah Akan Menyambut Kepulangan Sultan Kedah

Kira-kira 15,000 rakyat Kedah dijangka membanjiri sepanjang jalan raya bandar ini bagi menyambut keberangkatan pulang Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah ke negeri ini, Isnin depan.

Sambutan itu diadakan sempena Tuanku Abdul Halim tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember ini.

Rakyat negeri ini yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, mahasiswa, pelajar dan murid sekolah akan berada di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) sehingga Istana Anak Bukit, di sini iaitu sejauh 4.7 kilometer.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, enam acara dirancang sempena keberangkatan pulang termasuk program Perarakan Diraja dan Lambaian Kasih.

“Baginda berdua dijangka tiba di LTSAH pada 11.15 pagi dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Saya sendiri akan mengiringi baginda berdua dari Kuala Lumpur, manakala kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri akan menyambut baginda berdua di lapangan terbang di Kepala Batas.

“Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, baginda berdua akan berangkat ke Istana Anak Bukit untuk menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari,” katanya..

Ahmad Bashah berkata, orang ramai di seluruh negeri dijemput menghadiri acara Perarakan Diraja dan Lambaian Kasih.

“Bagi memeriahkan acara kira-kira 10,000 kaki payung dan bendera akan disediakan untuk orang ramai. Dalam pada itu, saya juga memberi kebenaran kepada mana-mana parti politik atau pertubuhan untuk mempamer bendera atau lambang yang mewakili mereka,” katanya.

Katanya, sempena program itu juga dijangka laluan sepanjang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ke Istana Anak Bukit akan ditutup untuk perarakan.

“Kita juga sudah merangka tiga acara pada 15 Disember ini membabitkan Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pemasyhuran Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit.

“Pada hari itu, turut diadakan ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa sempena keberangkatan pulang baginda berdua mulai jam 6 petang di Masjid Zahir,di sini.

“Dijangka lebih banyak acara akan diatur pada Januari ini bersempena juga dengan Hari Keputeraan Tuanku Abdul Halim,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s