Danial Juara Program Realiti Lawak Solo Musim Pertama

Menepati ramalan ramai, Danial telah dinobatkan sebagai juara  program realiti Lawak Solo musim pertama.

Kemenangan pada malam ini (Jumaat), melayakkan Danial atau nama sebenarnya, Mohamad Danial Mohd Zaini yang berasal dari Bayan Baru,  Pulau Pinang berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM80,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kemenangan Danial sudah dijangka banyak pihak kerana telah memberikan persembahan terbaik dan konsisten sepanjang lapan minggu bersaing di pentas Lawak Solo.

Manakala Naib Johan menjadi milik Mad Sabah, sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM40,000 berserta trofi.

Sementara Fikry menduduki tempat ketiga yang turut membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

AG Hafiz terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat dengan membawa pulang wang saguhati sebanyak RM 10,000 dan trofi.

Untuk malam akhir tersebut, setiap peserta telah diminta menyampaikan dua tugasan iaitu secara solo dengan dua tema berbeza, iaitu Bebas dan Hiburan.

Antara artis yang hadir memberikan sokongan ialah Jihan Muse, Adlin Aman Ramli, Rahim Sepahtu, Shahrul Syiro dan Azharina.

Pelakon Erra Fazira telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Saiful Apek.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s