Peminat Mahu Daler Yusuf Dan Nelydia Senrose Bercinta Di Dunia Realiti

3a-copy

Dah lama Miss tak dengar cerita pasal pelakon Nelydia Senrose atau lebih senang disapa sebagai Nelly, sekarang ni pun banyak cerita dan gosip pasal Uqasha Senrose jer.. Miss tengok Nelly lah yang paling menonjol sekali didalam dunia lakonan tanah air ni, berbanding dengan adik beradik Senrose yang lain.. Miss lebih suka tengok drama lakonan Nelly berbanding Uqasha..

Bagi Miss, bakat Nelly sebagai pelakon memang tak boleh dinafikan lagi.. Nelly sentiasa meninggalkan kesan terhadap setiap lakonannya, itu sebab lah peminat Nelly lebih ramai berbanding kakaknya, Uqasha.. Hahaha.. Lagi satu, Miss tengok Nelly ni kurang sikit kontroversi berbanding kakak dia tu..

Bukannya macam Uqasha, tak habis-habis mencetuskan kontroversi.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal dorang berdua adik-beradik, cuma tertarik dengan gambar yang dimuat naik pelakon baru Daler Yusuf di akaun Instagramnya.. Cer u’olls tengok gambar ni, sweet tak Daler dan Nelly??

Sweet kan Daler dan Nelly, siap ada inai dijari lagi.. Ada apa-apa ke ni?? Rupa-rupanya pasangan ni sedang berlakon bersama untuk drama TV3 bagi slot ‘Dahlia’ Sekarang.. Miss ingatkan ada hubungan ‘special’ di antara dorang.. Hahhaa.. Patut lah Miss tengok kat Instagram Nelly pun ada gambar Daler..

Disebabkan gambar sweet pasangan ni, Miss tengok ramai peminat yang mengatakan pasangan ni sesuai bersama dan mengharapkan dorang berdua bercinta secara ‘sah’.. U’olls tengok jer lah komen-komen yang dilemparkan untuk pasangan ini.. Ada jugak yang mengatakan wajah Daler dan Nelly seiras, betul ke??

A’ah.. Miss tengok ada lah jugak irasnya.. Kedua-duanya sama cantik dan hensem.. Orang cakap kalau wajah iras-iras ni, ada jodoh.. Mana lah tahu kan, dok berlakon bersama.. Tup-tup, timbul pulak perasaan cinta nanti.. Miss rasa tak salah kalau Daler dan Nelly ni bercinta.. Betul tak?? – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s