PAN Merasakan Parti Mereka Lebih Besar Dari MIC dan MCA

pan-merasakan

Baru setahun lebih Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan… Namun layak mereka sudah seperti berkali-kali mengungguli dan memenangi pilihan raya. Adakah wajar bagi PAN untuk mengiktirafkan kedudukan parti mereka sama tinggi dengan parti yang lain??

PAN mendakwa parti mereka kini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan parti-parti yang sudah berpuluh tahun ditubuhkan. Bahkan lebih membanggakan mereka apabila Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata parti tersebut kini sudah berjaya mengalahkan parti komponen seperti MCA dan MIC.

Kononnya pengalaman yang dimiliki oleh PAN adalah sangat unik… Walaupun PAN tidak mempunyai nama-nama besar seperti bekas Perdana Menteri atau bekas Timbalan Perdana Menteri. Namun katanya, PAN mampu berdiri berlandaskan pengalaman politik, professional dan ulama yang terkemuka.

Bahkan lebih dahsyat, PAN masuk bakul angkat sendiri apabila mendakwa mereka lebih hebat dari Barisan Nasional (BN)… Wowwww.. Hahaha.. Nak tergelak pulak Gomez! Bukan setakat MIC dan MCA je yang PAN tapauuuu! Tapi sekali BN dorang tapau!

Betul ke PAN ni lagi hebat dari BN, MIC dan MCA?? Gomez nak tahu jugak, apa pencapaian paling cemerlang PAN sepanjang setahun lebih penubuhan parti cebisan PAS itu. Adakan mereka menang dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari?

Berjaya ke dorang dalam pilihan raya Kuala Kangsar dan Sungai Besar hari tu? Rasa Gomez, PAN satu pun tidak berjaya mendapatkan kerusi dalam mana-mana pertandingan yang disertai mereka. Meskipun mendapat bantuan dari parti lain tetapi mereka tetap gagal.

Jadi adakah itu yang dinamakan kejayaan besar parti PAN?? Hahaha.. Gomez rasa parti cebisan PAS ini patut cermin diri mereka sendiri dahulu. Jangan nak mendabik dada dahulu jika selama ini mereka sering mendapat bantuan dari parti lain.

Sedangkan jika PAN dibiarkan berseorangan dan terkapai-kapai, pastinya parti mereka akan tenggelam. Memang tak munasabah langsung bila PAN mendakwa mereka lagi hebat daripada BN, MIC dan MCA! Dalam pilihanraya kecil pun boleh kalah.. Hahaha! Ada hati nak mengaku hebat. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s