Kerajaan DAP Dan Agensi Penguatkuasa Zalimi Peniaga Melayu Di P.Pinang

2c-copy

Seluruh rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang kezaliman serta penindasan yang telah dilakukan kerajaan DAP negeri, bersama-sama agensi penguatkuasaannya terhadap peniaga-peniaga kecil melayu di P.Pinang.

Bukan sahaja peniaga-peniaga kecil melayu di negeri ini dihalang untuk mencari rezeki sampingan di tepi-tepi jalan, tetapi tindakan agensi penguatkuasaan yang merampas semua peralatan dan bahan jualan peniaga terbabit disifatkan sangat keterlaluan.

Besar sangatkah dosa peniaga-peniaga kecil melayu yang cuba untuk mencari rezeki tambahan bagi menampung keperluan keluarga sendiri? Mereka bukannya mencuri, menyamun atau merompak harta sesiapa, tetapi hanya mencuba nasib di tepi jalan sahaja.

Jadi rasanya tak perlulah agensi penguatkuasaan yang diberi mandat oleh kerajaan DAP negeri, bertindak keterlaluan dan kejam seolah-olah langsung tidak mempunyai budi bahasa didalam menjalankan operasi.

Apa salahnya jika peniaga-peniaga kecil melayu yang berniaga di pinggir jalan diberikan notis amaran dan juga kompaun jika mereka masih ingkar berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan. Perlukah dirampas semua peralatan serta hasil jualan mereka?

Apakah kerajaan DAP negeri dan juga agensi penguatkuasa langsung tidak mempunyai sifat perikemanusiaan didalam menangani isu rakyat? Bayangkanlah bagaimana susahnya peniaga-peniaga kecil melayu terbabit bersusah payah membeli segala peralatan untuk berniaga dan mencari modal untuk berjualan.

Disinilah perlunya kerajaan DAP negeri serta agensi penguatkuasaannya menggunakan otak yang dianugerahkan oleh Tuhan, dan bukannya hanya bertindak bersandarkan undang-undang dan juga keuntungan semata-mata.

Contohilah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang, DS Zainal Abidin Osman yang lebih prihatin didalam isu peniaga-peniaga kecil melayu tersebut, apabila beliau menggesa kerajaan DAP negeri agar menyediakan tapak untuk peniaga kecil melayu berniaga secara kecil-kecilan.

Beliau juga menasihatkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng supaya mendidik agensi penguatkuasa negeri untuk lebih bertimbang rasa, dan lebih berperikemanusiaan ketika menjalankan operasi, khususnya terhadap peniaga-peniaga melayu.

Mencegah memang lebih baik daripada mengubati, tetapi didalam konteks isu peniaga-peniaga kecil di P.Pinang ini, rasanya mencari jalan penyelesaian dengan berhemah adalah lebih sesuai dari menggunakan kekerasan terhadap para peniaga kecil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s