Keengganan DAP Untuk Ambil Tindakan Terhadap Hew Kuan Yau, Bukti Pendirian Perkauman DAP

4c-copy

1. Saya merujuk kepada jawapan penuh kemarahan dari Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke kepada saya meminta saya agar tidak mencampur tangan dalam urusan parti itu apabila saya telah meminta DAP untuk mengharamkan secara kekal Superman Hew Kuan Yau dari ceramah dan untuk memecatnya dari jawatannya dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang.

2. Ia menghiburkan dan membimbangkan saya bahawa jawapan Loke adalah semata-mata untuk meminta saya untuk tidak mencampur tangan dalam urusan DAP dengan berkata bahawa ia tiada kena-mengena dengan saya. Saya mendapati bahawa jawapan ini memelikkan kerana ia datang daripada parti yang selalunya menggesa agar pemimpin BN untuk meletakkan jawatan atas apa jua sebab.

Loke juga enggan menjawab sama ada DAP akan mengharamkan ketua pakar ceramah mereka dari ceramah DAP atau Pakatan pada masa akan datang.

3. Jawapan Loke merupakan satu pengakuan bersalah dari DAP bahawa walaupun “meletakkan jawatan”, Superman Hew masih kekal sebagai seorang yang penting dalam pasukan DAP dan akan terus bercakap dalam ceramah Pakatan – pada dasarnya menjadikan “peletakan jawatannya” sebagai tidak bermakna dan hanya satu penipuan.

4. Ini adalah walaupun Superman Hew telah didedahkan ke seluruh negara sebagai seorang yang secara terang-terangan sangat bersifat perkauman, apabila video ceramah politiknya yang dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu orang di Sarawak menjadi viral.

Dalam video ini, beliau telah meminta pengundi untuk menggunakan orang Melayu untuk menjatuhkan orang Melayu mereka sendiri dan bahawa ini akan menjadi satu bahan tontonan yang paling menyeronokkan dalam seumur hidup.

5. Ini juga adalah walaupun Superman Hew masih mengambil pendirian tidak berpatriotik bahawa Laut China Selatan adalah milik China, walaupun negara kita sedang dalam pertikaian mengenai sempadan maritim.

6. DAP yang berterusan mempertahankan Superman Hew akan diambil sebagai memberi maksud bahawa DAP hanya membiarkan sahaja tingkah lakunya dan bahawa DAP mendapati bahawa tiada apa yang salah dengan sifat perkaumannya dan mesej yang tidak berunsurkan patriotik beliau.

7. Ini adalah permainan yang berbahaya yang DAP sedang dimainkan. Membenarkan orang seperti ini untuk terus memberikan beratus-ratus ceramah berbahasa Cina beliau setiap tahun bagi pihak DAP hanya akan terus menghasut ketegangan kaum dan kemarahan antara kaum Cina dan kaum Melayu.

8. Mengenai ulasan Superman Hew bahawa saya bukanlah sesiapa pun, hanyalah seorang watak yang kecil dan seorang badut politik yang tidak perlu diambil serius, saya mungkin akan tersinggung jika ia datang dari orang lain selain daripada seorang lelaki dewasa yang sebab kemasyhurannya hanyalah dengan memakai “baju-T Superman” dan menggelar dirinya sebagai Superman, sementara memuntahkan racun perkauman yang berbisa ke seluruh negara.

Liang Teck Meng
Setiausaha Agung PGRM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s