Jika Rasulullah SAW Pun Sanggup Mahathir ‘Perkecilkan’, Apatah Lagi Raja-Raja Melayu

4c-copy

Tun Dr Mahathir Mohamad dan sifat sarkastik bukan perkara luar biasa malah setiap kali bekas Perdana Menteri itu menyuarakan pandangannya terhadap sesuatu isu, beliau tidak boleh lari daripada mengeluarkan kenyataan berunsur sarkastik atau sinis.

Itulah juga cara yang digunakan oleh Pengerusi PPBM itu dalam mengulas berkaitan Rasulullah SAW dan institusi beraja di negara ini.

Walaupun beliau tidak sepatut memberikan kenyataan sinis terhadap kekasih Allah (Rasulullah SAW) dan institusi Ketua Negara serta Ketua Agama (Raja-Raja Melayu), namun itu yang berlaku.

Dr Mahathir pernah dilaporkan berkata : “Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa).”

“Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu,” katanya ketika berucap di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, pada tahun 1997.

Dan selepas mengaitkan Nabi Muhammad dengan isu 1MDB sebagai bahan jenaka pada Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini, Dr. Mahathir sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai menerusi catatan dalam blognya berhubung jemputan ke Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini.

Jemputan berkenaan telah dibatalkan dan susulan itu Mahathir telah menulis dalam blognya bertarikh 8 Disember 2016 bertajuk ‘Pembatalan’: “Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan Parti Barisan Nasional.”

Jika kepada insan paling mulia di sisi agama Islam pun Dr Mahathir boleh mempersenda dan ‘memperkecilkannya’, justeru bukan sesuatu yang mengejutkan apabila beliau boleh melakukannya kepada Institusi Raja-Raja Melayu.

Bagi mereka yang masih muda dan kurang pengetahuan mengenai sejarah, terimalah hakikat bahawa Dr.Mahathir adalah seorang pemimpin yang mempunyai super ego yang kuat.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa:

“Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,”. – BeruangBiru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s