Isu Abaikan Peminat : Zarul Umbrella Mohon Maaf

1a-copy

Semalam nama penyanyi Zarul Umbrella menjadi bualan hangat, bila segelintir peminat beliau yang digelar sebagai ‘Zarulians’ telah meluahkan perasaan tak puas hati mengatakan Zarul telah mengabaikan peminat-peminatnya.. Zarul dikatakan melebih-lebihkan rakan-rakan beliau dari MAS, sampaikan peminatnya merasakan diri mereka dilayan seperti ‘second class’..

Bila perkara panas tu menjadi bualan hangat, tuan empunya badan tampil bersuara dan meminta maaf kepada pihak yang terasa hati dengannya.. Miss dengar Zarul mengatakan dia ‘tak tahu’ ada peminatnya tak berpuas hati, sepanjang dia bertanding di Gegar Vaganza.. Ek’eleh.. Tak tahu atau buat-buat tak tahu Zarul??

Yela, Miss dengar sebelum ni selepas konsert Gegar Vaganza ada peminat nak jumpa dengan Zarul di luar MBSA dan memintanya tunggu kerana ada peminat dari Singapura nak bagi hadiah.. Pada mulanya Zarul kata okey, lepas tu tup-tup Zarul dikatakan tutup tingkap dan belah macam tu jer..

Itu pun tak kan Zarul tak boleh nak agak reaksi peminatnya bila dia buat macam tu yer?? Mesti lah peminatnya kecewa dan tak puas hati kan! Tak boleh blah tu, bila Zarul mengatakan dia baru jer tahu mengenai perkara ni dan jugak mengatakan kononnya dia dan pihak pengurusan sentiasa layan semua pihak dengan sama rata..

Yela tu, melayan peminatnya dengan sama rata.. Kalau tidak, kenapa perkara ni timbul? Hmm.. Kalau nak bertahan lama dalam industri seni, kena ingat yang peminat adalah salah satu sebab untuk seseorang penyanyi tu bertahan.. Tanpa peminat, seorang artis tu tak akan dikenali.. Jadi tolong lah hargai peminat anda yer Zarul!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s