Fathia Latiff Digesa Netizen Untuk Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Ishhh! Ishhh! Tak habis-habis lagi perkara ni menjadi bualan ramai yer.. Miss ingatkan dah kurang, rupanya kontroversi yang menghimpit pelakon Fathia Latiff pasal pramugari yang dikatakan enggan angkat beg dia tu masih hangat diperkatakan lagi..

Miss tengok masih ramai dok menghentam Fathia, termasuk lah beberapa artis yang bersuara mengenai perkara ni seperti Karl Shafek, Zarul Umbrella dan Maria Tunku Sabri yang dikatakan kecewa dengan tindakan kurang matang yang dilakukan Fathia..

Walaupun perkara panas ni menjadi bualan hangat, namun tuan empunya diri sampai sekarang masih berdiam diri dan tak nak menjelaskan perkara sebenar.. Tak ada respon langsung daripada pihak Fathia.. Tak kan lah Fathia nak mendiamkan diri jer kot??

Tindakan Fathia yang hanya mendiamkan diri ini jugak telah menyebabkan ramai netizen kurang senang.. Netizen mendesak agar Fathia membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara ini..

Macam ni lah Fathia, masalah tak akan selesai kalau awak tu hanya berdiam diri jer.. Kalau Fathia tak nak orang lain berterusan menghentam dan buat macam-macam spekulasi yang bukan-bukan pasal awak.. Lebih baik awak tampil selesaikan isu ini macam mana awak viralkan mula-mula dulu.. Tak payah lah nak ego sangat!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s