Bekas Ahli DAP Desak Lim Kit Siang Dan Lim Guan Eng Keluar Parti

6c-copy

Jika difikirkan dengan akal yang waras, tiada sebab kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional didalam Pilihanraya ke-13 lalu, jika faktor sokongan di laman sosial serta sambutan penyokong ketika demonstrasi dan ceramah-ceramah mereka diambil kira.

Bayangkanlah, demonstrasi BERSIH yang bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia ketika itu, mendapat sambutan yang sangat hebat dan dikatakan mencecah ratusan ribu penyokong Pakatan serta rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah serta beberapa siri jelajah di seluruh pelusuk negeri yang dianjurkan oleh gerombolan parti pembangkang. Diwar-warkan bahawa puluhan ribu rakyat dari serata ceruk kampung, keluar berduyun-duyun mendengar ceramah mereka.

Di beberapa pilihanraya kecil pula, sambutan serta poster mengenai kempen pembangkang didakwa mendapat sambutan yang hangat berbanding kempen Barisan Nasional yang dilihat hanya tertumpu sekitar program-program bantuan kemasyarakatan sahaja.

Jadi mengapa Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP sejak dahulu lagi sentiasa kalah di Pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan beberapa kawasan semasa pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya ‘syok sendiri’ dan menipu rakyat dengan fakta dan angka yang sengaja direka cipta?

Jika DAP benar-benar kuat dan juga lebih baik dari segala segi seperti yang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dakwa semasa Pilihanraya negeri Sarawak lalu, mengapa mereka dilihat semakin hilang sokongan dari rakyat?

Bekas Ahli DAP kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind menjelaskan bahawa punca sebenar DAP semakin hilang sokongan rakyat ialah kerana tiada kesepakatan dan juga rangka pentadbiran yang boleh meyakinkan rakyat.

Sebab itulah DAP dan Pakatan mustahil untuk menang di Pilihanraya Umum, walau berapa kali sekalipun ditukar nama untuk mengaburi mata rakyat. Oleh yang demikian, Shamsher menggesa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bertanggungjawab serta meletakkan semua jawatan didalam parti DAP.

Menurut Shamsher, DAP harus melupakan hasrat untuk menawan Putrajaya sekiranya Guan Eng dan Kit Siang masih membiarkan kerusi milik DAP hilang sedikit demi sedikit dibeberapa pilihanraya sebelum ini.

Jelas disini bahawa DAP langsung tak mempunyai aura kepimpinan didalam menentukan hala tuju Pakatan Pembangkang. Mungkin itulah yang disedari oleh PAS dan menyebabkan mereka keluar dari gerombolan Pakatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s