Akta SOSMA Cuba Dipolitikkan Oleh Pembangkang

1c-copy

Hanya kerana penganjur kumpulan demonstrasi haram, Maria Chin Abdullah ditahan dibawah Akta SOSMA baru-baru ini, makin galak pula kumpulan politik pembangkang cuba memburukkan dan menghasut rakyat supaya membenci akta berkenaan.

Semuanya hanya kerana politik semata-mata, dan bukannya mereka memikirkan soal keamanan dan juga ketenteraman negara apabila melakukan cubaan menghapuskan Akta SOSMA yang diperkenalkan bagi menggantikan I.S.A tak lama dulu.

Rakyat tentunya masih ingat lagi, bagaimana Akta I.S.A di berikan imej buruk serta dilabelkan sebagai senjata kerajaan untuk membalas dendam terhadap ahli politik pembangkang. Walhal, I.S.A merupakan satu kaedah yang paling berjasa didalam negara didalam menjaga kesejahteraan rakyat.

Diperkenalkan semenjak tahun 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau I.S.A telah berjaya menghalang beribu individu yang cuba mewujudkan kekacauan dan juga menimbulkan suasana tidak tenteram didalam negara kita.

Antara yang ditahan oleh pihak keselamatan melalui I.S.A adalah kumpulan Jemaah Islamiyah (J.I) yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda, kumpulan Daulah Islamiyah yang dikaitkan dengan lanun di Filipina serta kumpulan Pejuang Pemisah Selatan Thailand yang cuba menjadikan negara ini sebagai markas operasi.

Tak kurang juga beberapa individu yang dikenalpasti sebagai agen perisik asing juga ditahan dibawah Akta berkenaan. Ini bermakna tuduhan pembangkang sebelum ini bahawa I.S.A hanya digunakan untuk tujuan menghapuskan musuh politik adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Kini cubaan yang sama dilakukan terhadap Akta SOSMA. Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Jasmin Noordin menganggap cubaan pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan Akta SOSMA hanyalah bertujuan untuk memberi imej buruk kepada Akta berkenaan.

Walaupun umum mengetahui Akta SOSMA dibuat bagi mengawal keganasan dan aktiviti menghasut yang boleh membawa keburukan didalam negara, tapi ada pihak yang berkepentingan politik cuba untuk menimbulkan persepsi buruk akta berkenaan dimata rakyat.

Mungkin pihak pembangkang mahukan negara ini terus huru hara dan kerajaan yang memerintah tak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal segala kekacauan yang berlaku. Ini akan menjadi peluang baik kepada mereka untuk mendakwa kerajaan Malaysia tidak stabil.

Tanpa sebarang kemampuan untuk mengawal serta memantau keselamatan didalam negara, sangat mustahil untuk sesebuah kerajaan memastikan kemananan dan kesejahteraan bagi rakyat. Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh kumpulan penentang Akta SOSMA!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s