Uqasha Senrose Dihentam Peminat Di Instagram

Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang sering dihimpit dengan kontroversi panas, Uqasha Senrose ni kan.. Nama Uqasha menjadi bualan hangat dek kerana keputusannya untuk membuka hijab beberapa bulan yang lalu, keputusan beliau itu telah mengundang kritikan ramai..

Miss tengok sampai sekarang perkara tu masih hangat diperkatakan.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal perkara tu lagi u’olls.. Terbaru, Miss dengar Uqasha dikatakan ingin berlakon dalam filem epik Melayu.. Pulak dah!

Uqasha mengatakan dia bukannya dah bosan dengan watak yang sering ditawarkan, dia cuma nak cuba berlakon cerita-cerita lama ataupun filem epik seperti filem Puteri Gunung Ledang.. Kononnya Uqasha ingin mencuba pelbagai karakter untuk membuktikkan dirinya seorang pelakon ‘serba boleh’..

U’olls rasa sesuai ke Uqasha nak berlakon cerita-cerita macam tu?? Miss ingatkan ramai lah yang akan memberi sokongan kepada Uqasha untuk berlakon cerita-cerita macam tu, kan pengikut di akaun Instagramnya ramai.. Rupanya sangkaan Miss meleset.. Rupanya ramai yang mengkritik Uqasha kaw-kaw ..

U’olls baca jer lah komen-komenn yang dilemparkan tu, ramai yang mengatakan Uqasha tak sesuai berlakon cerita macam tu kerana lakonannya macam ‘kayu’ dan akan merosakkan cerita-cerita Melayu lama jer.. Perh.. Betul-betul makan dalam komen macam ni beb..

Kalau Uqasha baca komen-komen ni semua, pasti panas bontot dia.. Hahaha.. Miss pun rasa Uqasha tak sesuai u’olls.. Yela, Miss tengok lakonan Uqasha selama ni pun, kebanyakkannya biasa-biasa jer.. Tak ada gempak mana pun.. -Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s