Siti Kassim Mempersendakan Laporan Polis Yang Dibuat Pemuda Pas Kelantan

siti-kassim

Peguam dan aktivis Siti Kassim bertindak mempersendakan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pemuda PAS Kelantan. Ujarnya, Pemuda PAS tersebut sangat terdesak sehingga sanggup membuat laporan polis terhadapnya di seluruh negeri Kelantan.

Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari bertindak membuat laporan polis bagi mempertahankan kerajaan Kelantan dan syarikat pembalak. Fadhli turut membuat laporan terhadap Siti Kassim yang dikatakan menghasut Orang Asli.

Menurut Siti Kassim, laporan polis yang dibuat itu dianggap sebagai tidak masuk akal. Ini kerana ujar Siti Kassim, dia hanya memainkan peranan menasihati anak guamnya sahaja. Dia juga mendakwa tidak tahu hendak gelak atau menangis.

Sebagai seorang peguam… Tak kan tak boleh kot dia nak menasihati anak guamnya yang juga merupakan Orang Asli… Katanya dia menasihati kerana mereka bertanya, adakah itu dikira sebagai penghasutan?? Soal Siti Kassim.

Peguam tersebut mendakwa, dia sendiri tidak faham dengan kehendak Pemuda PAS tersebut… Boleh jadi mereka tidak betul dan sudah tiada modal untuk menyerang. Kemungkinan juga sedang tersepit dan tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS.

Pemuda PAS Kelantan sebelum ini bertindak membuat laporan polis terhadap Siti Kassim… Turut sama menemaninya adalah Ketua Penerangan, Nazman Che Iberahim. Siti Kassim dituduh menghasut sehinggga membawa kepada sekatan yang dilakukan Orang Asli kepada pembalak di Gua Musang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s