Sindiran Pedas Untuk Netizen Yang Gilakan ‘Mannequin Challenge’

2f-copy

Korang semua mesti dah tahu pasal cabaran ‘Mannequin Challenge’ ni kan? Miss A tengok ramai juga remaja yang sibuk dok buat cabaran ni.. Benda ni bermula pada awal November lalu, banyak orang mula muat naik video orang yang tak bergerak-gerak..

Mula-mula dok fikir juga apa kejadahnya dorang dok buat video macam ni.. Rupanya video orang tak bergerak-gerak tu di panggil ‘Mannequin Challenge’.. Fenomena la katakan, netizen ni memang tak lari dari benda-benda yang macam ni.. Sebab benda ni pun dah jadi fenomena dunia..

Banyak artis-artis barat dan Malaysia yang dah mula dok buat benda alah ni.. Sanggup keras kejung beberapa minit sebab nak buat video ni, lagi lama keras lagi gempak.. Tapi, kadang-kadang lawak juga sebab ada yang tak bagi kerjasama bila rakam video ni, ada ja orang dok bergerak-gerak Miss A tengok..

Disebabkan dah jadi satu fenomena besar oleh seluruh dunia dan Malaysia.. Ada seorang lelaki ni dah tweet status yang buat siapa saja yang pernah melakukan ‘Mannequin Challenge’ ni akan sentap.. Mahunya tak sentap, memang makan dalam betul apa yang lelaki ni cakap..

Benda berkaitan dengan agama tak ada pula nak dibuat.. Bila fenomena viral macam ni sanggup keraskan badan, tak bergerak langsung untuk jadi batu.. Bila waktu nak solat sujud kepada tuhan, mula la gatal sana-sini.. Tergaru sana-sini tak boleh pulak dan fokus waktu solat macam fokus buat ‘Mannequin Challenge’ ni..

Memang makan dalam tweet lelaki ni, mohon korang semua terasa.. Boleh nak ikut fenomena semasa tapi jangan sampai terlalu taksub.. Fokus pada akhirat yang lebih kekal, dari dunia yang hanya sementara.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s