Rakyat Kedah Rasa Terhina Dengan Tindakan Mahathir

rakyat-kedah

Jangan cakap rakyat Malaysia sahaja yang rasa terhina dan malu besar dengan tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini. Tapi yang paling menanggung malu yang teramat besar adalah rakyat negeri Kedah yang juga merupakan negeri kelahiran bekas pemimpin tersebut.

Rakyat Kedah sekarang ini sedang berdukacita, sedih, marah, kecewa, geram dan bermacam-macam lagi perasaan. Mereka tidak menyangka seorang bekas pemimpin yang dahulunya disanjung dan dijulang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, kini telah mengkhianati kepercayaan mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat Kedah sekarang ini sedang ‘berkabung’ dan bersedihan mengenangkan tindakan bekas wakil rakyat negeri itu yang sanggup berpimpinan tangan dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam konvensyen DAP pada hujung minggu lalu.

Mahathir berasal dari Kedah… Tindakannya itu telah menghancurkan jutaan hati rakyat Kedah. Prinsip yang digenggamnya selama 22 tahun kini dibuang begitu sahaja… Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Kini kata-kata Mahathir yang disuarakannya sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai perdana menteri ditelannya sendiri… Mahathir kini sudah berubah dan dia makan kata-katanya sendiri. Pendiriannya tidak lagi seperti apa yang dikatakan oleh beliau dahulu.

Rakyat kini menilai apa yang dilakukan Mahathir… Bukannya apa yang dibuat olehnya dahulu. Benar Mahathir banyak berjasa… Tetapi akibat dendam kesumat, Mahathir sanggup melakukan perkara yang salah… Mengecewakan rakyat dan mengkhianati orang Melayu!

Mana orang Melayu nak letak muka?? Habis muka rakyat Kedah diconteng arang olehnya! Cina DAP kini sedang berparti meraikan kejayaan mereka kerana berjaya mendapatkan Mahathir sebagai khadam mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s