Pembangkang Panas Punggung Bila Lihat Kerjasama Diantara Najib Dan Hadi

Pakatan Harapan dilihat terus melatah setelah melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdiri satu pentas dalam isu penindasan etnik Rohingya. Nampaknya ada yang panas punggung dan tak senang duduk melihat situasi tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jelas nampak Pakatan Harapan tidak selesa dan tidak puas hati dengan situasi tersebut. Masakan tidak, mereka terus bertindak menyerang Najib dan Hadi sehingga sanggup melemparkan pelbagai tuduhan atas kesepakatan berkenaan.

Kesepakatan tersebut hanya berlandaskan keagamaan dan keprihatinan je… Bukannya kerjasama dalam politik pun! Yang Pakatan Harapan nak gelabah ni apesal beb!! Tak suka yer tengok Hadi dan Najib berjabat tangan dan saling sebulat suara dalam menentang kekejaman kerajaan junta Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Boleh jadi Pakatan Harapan panas hati kerana selama ini, puas dorang pujuk PAS agar kembali bersama mereka untuk menentang UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Namun PAS enggan… Sebaliknya PAS memilih untuk memberi sokongan kepada UMNO.

Mungkin keputusan PAS itu memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan… Hahaha.. Sabar jela yer!! Sebenarnya kesepakatan Hadi dan Najib tak perlu dipertikaikan pun… Dorang bekerjasama untuk perjuangan umat Islam, bukannya politik

Kedua-dua pemimpin tersebut menyuarakan keprihatin mereka terhadap  rakyat Rohingya… Bukannya menjual isu politik! Najib dan Hadi  hadir dalam himpunan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan pelbagai NGO Islam itu, atas dasar menyatakan bantahan terhadap penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya. Jadi ada banyak perbezaan disitu.

Itu masalah bagi Pakatan Harapan, jika dorang tidak suka melihat Najib dan Hadi bersalaman dan berkongsi pentas yang sama. Tindakan tersebut jelas menunjukkan betapa busuknya hati mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s