Pelakon Aidil Aziz Terselamat Dari ‘Mati’ Di Tali Gantung

1a-copy

U’olls masih ingat lagi tak dengan pelakon Aidil Aziz?? Sebelum ni kan pelakon yang pernah membintangi drama ‘Lara Terindah’ ni hangat diperkatakan selepas ditahan pihak polis atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya..

Ramai yang terkejut bila pelakon tu ditahan polis kerana terlibat dengan jenayah besar seperti itu.. Yela, tengok muka pelakon tu macam baik jer.. Tapi tak sangka pulak Aidil boleh terlibat dengan benda-benda bahaya macam ni..

Aidil ditahan bersama dua orang rakannya, Omar Sayeed Ghulam Mohammad dan R. Guevara di sebuah rumah di Jalan Ampang pada hujung bulan September lalu.. Kalau kesemua tertuduh didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman gantung.. Yela, kesalahan yang melibatkan dadah jangan dibuat main-main okay..

Tup! Tup! Semalam Miss dengar nama Aidil dikatakan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 semalam.. Perkara tu telah disahkan sendiri oleh pengurus Aidil yang dikenali sebagai Kam menerusi akaun Instagramnya..

U’olls baca jer lah kapsyen yang disertakan gambar Aidil sekali tu.. Selain tu Miss dengar segala pertuduhan terhadap Aidil ditarik balik dan kini Aidil dikatakan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s