PAS Muktamadkan Tiada Kerusi Bagi PAN Dan DAP Pada PRU14

pan-muktamadkan

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah memuktamadkan keputusan dan kisah hidup ‘perjuangan dan sikap bertoleransi’ mereka terhadap Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Sebelum ini PAS dilihat kerap bermain tarik tali dengan parti dari Pakatan Harapan tersebut… Sekejap cakap sudi untuk berunding kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)… Sekejap cakap tak mahu pulak! Tapi hari ini Tuan Ibrahim telah memutuskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan PAN dan DAP.

Jangan lepas ni cakap nak kerjasama balik sudah la yer! Menurut Tuan Ibrahim… PAS tidak akan berkompromi, bahkan tidak terlintas untuk memberikan sebarang kerusi buat kedua-dua parti tersebut. Keputusan itu dibuat setelah PAS kecewa dengan tindak-tanduk kedua-dua parti tersebut.

Soal Tuan Ibrahim, kalau PAN takde kerusi jadi macam mana dorang nak bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kerusi?? Jadi beliau menyifatkan pujukan mahu bekerjasama itu hanyalah untuk mengaut dan membolos semua kerusi-kerusi yang dimiliki oleh PAS.

Pastinya PAS tidak mahu perkara sedemikian berlaku… Daripada menanggung kerugian apabila bekerjasama dengan kedua-dua parti tersebut. Adalah lebih baik PAS mengikut haluan sendiri dengan pertahankan kerusi yang ada.

Maka dengan itu, bermakna PAS menolak tawaran PAN yang dikatakan membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS jika mereka mempunyai matlamat yang sama, yakni mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, PAS menyifatkan PAN sebagai tidak amanah kerana telah keluar dari parti Islam tersebut bersama-sama dengan kerusi yang dimiliki mereka. Jadi dimana ‘amanahnya’?? Soal Tuan Ibrahim.

Kesimpulannya disini adalah, Pakatan harapan gagal untuk memujuk PAS agar kembali bersama mereka… Dan pastinya pertembungan tiga penjuru akan berlaku. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s