Mahathir Salahkan Najib Razak Punca Undangannya Dibatalkan

mahathir-salahkan

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diatas pembatalan undangannya ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.

Sudahlah anaknya, Marina Mahathir melabelkan Istana Negara sebagai ‘low class’ kerana membatalkan undangan tersebut. Sekarang ini Mahathir pula nak salahkan Najib, kononnya menjadi punca kepada pembatalan undangan tersebut… Ehhhh, melampau betul!

Akibat daripada pembatalan undangan tersebut, Mahathir terus menyifatkan acara nasional tersebut sebagai salah satu acara bersifatkan politik. Untuk pengetahuan, keputusan pihak istana langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan UMNO.

Keputusan seratus peratus berada di dalam genggaman pihak istana… Jadi tidak timbul isu Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional (BN). Boleh jadi Mahathir mahu menutup malunya, lalu dia menyalahkan Najib. Gomez nak tegaskan disini, acara istana tersebut langsung tiada kena mengena dengan politik.

Nampak sangat Mahathir cuma mengalihkan isu sebenar dengan menyalahkan Najib… Dah takde modal ke?? Sanggup menggunakan modal pembatalan undangannya bagi menghentam Najib. Eshhh, gigih betul! Apa bukti Mahathir bagi pertuduhan tersebut?

Kalau Mahathir takde bukti dan hanya bercakap ikut sedap mulut je… Itu maknanya Mahathir memfitnah pemimpin nombor satu negara. Kalau iye pun malu, janganlah sampai nak salahkan orang lain pulak. Orang yang takde kena mengena pulak yang kena getah, apa kes beb! Kalau terdesak sangat, jangan la buat fitnah bodoh macam ni yer!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s