2600 Hektar Tambakan Laut Oleh DAP Akan Jadi Bom Jangka Buat Rakyat P.Pinang

2c-copy

Tuhan menjadikan alam semulajadi untuk kita hargai dan nikmati keindahannya, bukannya untuk dimusnahkan dan dirosakkan hanya kerana keuntungan semata-mata. Alam semulajadi seharusnya dijaga dengan baik dan dipelihara untuk kita wariskan pada generasi akan datang.

Malangnya, berlainan dengan perangai kerajaan DAP negeri yang langsung tidak mempedulikan alam sekitar serta kehidupan semulajadi di P.Pinang, apabila mereka sanggup bersekongkol dengan pemaju-pemaju projek mewah merosakkan khazanah berharga tersebut.

Kerajaan DAP P.Pinang sehingga hari ini dikatakan telah meluluskan 2600 hektar kawasan laut untuk projek penambakan bagi mendirikan pelbagai projek mewah, yang dijangka akan menyebabkan kerosakan teruk pada alam sekitar.

Penambakan laut ini bukan sahaja akan menganggu ekosistem yang wujud selama beribu tahun di negeri ini, malahan ia juga pastinya akan menjejaskan kualiti kehidupan penduduk negeri yang hidup berkait rapat dengan alam semulajadi.

Menurut Pensyarah Biologi Marin di Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Zulfigar Yasin, negeri ini telah menjadi ‘bom jangka’ yang hanya menunggu masa untuk meletup sahaja kerana penambakan laut sememangnya memberi kesan buruk kepada ekosistem laut dan juga manusia.

Menurut beliau, tambakan laut berskala besar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri P.Pinang akan menyebabkan air kumbahan tidak diuruskan dengan baik serta pertukaran aliran air yang merosakkan persekitaran hidupan laut.

Selain itu, makanan laut di sekitar negeri ini juga akan terdedah kepada logam berat yang dikesan menjadi punca manusia terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan juga penyakit berkaitan mental.

Prof Zulfigar juga mendedahkan bahawa, bahaya penambakan laut itu akan dilihat dalam tempoh waktu panjang dan pasti akan menjejaskan hidupan laut seperti ikan dan juga kerang-kerangan.

Beliau menambah, perairan P.Pinang sebenarnya amat istimewa kerana mempunyai rumpai air yang cantik dan juga karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan marin. Ia juga dikenalpasti menjadi habitat Kuda Laut, Penyu dan juga Ikan Lumba-lumba.

Jika penambakan laut secara tak bertamadun ini diteruskan oleh kerajaan DAP P.Pinang yang hanya mementingkan keuntungan, semua hidupan laut serta aktiviti nelayan di negeri ini pastinya akan pupus suatu hari nanti. Generasi akan datang hanya akan melihat penyu, kuda laut serta ikan lumba-lumba didalam buku cerita sahaja!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s