Superman DAP Masih Dibela Parti Chauvinis

Korang jangan mudah ditipu dengan lakonan hebat Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman DAP. Kenapa?? Sebab Superman DAP ni cakap je, kononnya dia dah keluar dari parti DAP… Akan tetapi hakikatnya dia masih ‘diberi makan’ oleh DAP.

Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng telah mendedahkan satu rahsia bahawa yang sebenarnya Superman DAP ini telah menjadi senjata berguna bagi DAP. Jadi korang jangan mudah terpedaya dengan ceramahnya yang kononya dia tidak mewakili DAP.

Sekarang ini DAP pura-pura mengamalkan sikap lepas tangan diatas setiap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Superman ini… Namun pada hakikatnya, mereka menipu. Kuan kini berlindung disebalik DAP.

Dalam ceramah Kuan yang berbaur rasis semasa kempen pilihanraya Sarawak yang lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membelanya dan tidak ada tindakan disiplin parti yang dikenakan kepadanya. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Teck Meng.

Korang tengok jela masa Kuan mendakwa dia keluar dari DAP pada Julai 2016 lalu kerana mendakwa Laut China Selatan milik negara China… DAP langsung tidak mengenakan tindakan disiplin terhadapnya.

Bukan tu je… Sejak Superman DAP ni kononnya ‘keluar parti’… Makin kerap pulak dia dilihat menghadiri ceramah DAP! Kuan dilihat hadir di Sandakan dalam satu program anjuran DAP Sabah… Juga di Raub dalam Program Selamatkan Lim Guang Eng dan banyak lagi.

Aikkkk, kata dah keluar DAP… Tapi siap bagi ceramah dalam program DAP! Apehal?? Lagi satu, Kuan sebenarnya bukan berasal dari Pulau Pinang tapi dia masih memegang jawatan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia dan dibayar gaji oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Pelik bukan! Jelas bahawa Superman DAP ni pandai berdrama! Kononnya keluar dari DAP, padahal setiap program DAP dia mesti ada. Ini semua permainan wayang oleh DAP!!

Kalau betul DAP tak rasis, dorang sepatutnya haramkan Kuan dan mendesaknya untuk letak jawatan sebagai kurator muzium di Pulau Pinang. Ini kerana Kuan ni seorang yang rasis… Jadi tak layak untuk duduk dengan DAP yang katanya ‘tidak’ rasis tu. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s