Najib Razak Sasar Ekonomi Negara Mampu Cecah RM2 Trillion

najib-razak

Berbekalkan azam dan keyakinan yang tinggi… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang akan menyumbang kepada nilai ekonomi mencecah RM2 Trillion dalam masa tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Najib berkata demikian kerana beliau yakin dengan kebolehan serta kemampuan negara untuk memenuhi sasaran tersebut. Bukan itu sahaja, nilai RM2 Trillion tersebut juga akan turut disumbangkan melalui perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.

Dalam masa tujuh hingga ke lapan tahun… Perdana Menteri akan memastikan nilai ekonomi mencecah jumlah tersebut. Tambah Najib, beliau sendiri telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mengenai perihal tersebut.

Kesungguhan untuk memacu negara ke arah ekonomi yang lebih membangun ditunjukkan Najib ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity.

Turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), dengan penuh harapan beliau mahu memastikan negara Malaysia bakal menjadi antara 20 buah negara utama ekonomi dalam tempoh masa tertentu.

Bukan itu sahaja, Iskandar Malaysia juga akan turut menyumbangkan keringat bagi menjayakan dan bagi mencapai target yang ditetapkan tersebut.

Pada waktu ini, ekonomi negara telah berjaya melakukan peningkatan jumlah dari RM1,106.5 billion pada 2014 kepada RM1,157.1 billion pada 2015. Hasil rujukan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, mendapati Lebihan Kendalian Kasar (LKK) menjadi antara penyumbang terbesar dalam aspek pendapatan dengan 60.5 peratus.

Sementara Pampasan Pekerja menyumbang 34.8 peratus kepada ekonomi Malaysia. Sementara baki 4.7 peratus pula disumbangkan oleh cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import. Ini bermakna ekonomi negara mengalami pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus pada 2015. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s