Muhyiddin Dan Mahathir Hanya Bawa Sial Kepada Pembangkang

Parti pembangkang dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP membuat pengiraan dan mengharapkan agar kehadiran Bekas Pemimpin nombor satu negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membawa sinar kepada mereka.

Haha! Padahal Mahathir dan Muhyiddin bukan sahaja membawa ‘sinar’, malah bawa sekali sial kepada pembangkang. Sinar yang dibawa dua bekas pemimpin ini hanyalah ‘sinar’ kegelapan! Mereka ini sejak dari awal lagi dilihat gagal bersinar dan hanya memberi kegagalan kepada puak pembangkang.

Kenapa boleh jadi begitu?? Kehadiran Mahathir dan Muhyiddin hanya membawa cahaya kegelapan disebabkan imej baik mereka berdua telah dirosakkan oleh pembangkang sendiri sejak mereka berada dalam UMNO lagi.

Aneh! Mahathir dan Muhyiddin dihina dan dicaci pembangkang ketika mereka berada dalam UMNO… Jadi sekarang mereka dilihat bersama pembangkang sejak keluar UMNO. Jadi apa yang korang expect?? Ingat rakyat yang menyokong pembangkang akan terima Mahathir dan Muhyiddin macam tu je, setelah pemikiran mereka disetkan untuk membenci dua pemimpin ini.

Mahathir pernah dilabelkan sebagai punca kepada ketidaksetaraan kaum… Mengamalkan rasuah… Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan… Diberi gelaran Mahafiraun! Bukan tu je, Mahathir turut dianggap sebagai seorang yang rasis dan pelampau ketika dia menjadi penyokong utama kepada Perkasa.

Sementara Muhyiddin pula, dia pernah dihentam teruk pembangkang kerana mengaku dirinya “Malay First atau Melayu dulu, Malaysian second”. Dia diserang hebat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sehingga menyebabkan timbul persepsi negatif dikalangan pengundi. Muhyiddin juga tidak terlepas digelarkan sebagai seorang yang rasis.

Jadi, bila dahulunya DAP menghina dan menghentam dua pemimpin ini! Maka pembangkang akan mengambil masa yang lama untuk mensucikan semula dua orang malang ini.

Tapi korang yakin ke dua orang kecewa ni boleh bawa untung untuk pembangkang?? Apa yang Gomez lihat sekarang ini hanyalah nilai defisit. Sial yang dibawa mereka berdua pastinya akan menjahanamkan pembangkang. – TiraGimez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s