Logo Cap Bunga Tidak Laku Untuk Pakatan Pembangkang

logo-cap-bunga

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye sebelum ini mencadangkan supaya Pakatan Harapan dan parti cap bunga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Cadangan tersebut turut mendapat sokongan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. Bukan itu sahaja, cadangan tersebut turut mendapat sambutan dari Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan.

Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa parti cap bunga tidak menggunakan logo mereka sendiri?? Adakah kerana logo cap bunga mereka tidak laku di mata pakatan pembangkang? Sebelum ini bukan main lagi dakwa, kononnya parti cap bunga sudah terkenal dan dikenali ramai.

Tapi kenapa bila tiba pilihan raya, dorang sibuk nak pakai logo PKR! Nampak sangat yang logo cap bunga tidak mampu untuk meraih sokongan pengundi. Dakwa Nik Nazmi, cadangan tersebut diterima baik kerana parti cap bunga masih baru dan kurang dikenali.

Nampak tak! Hakikatnya parti cap bunga tidak sehangat seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Sudah jelas parti cap bunga tidak akan mampu bergerak bebas sekiranya bersama pakatan pembangkang.

Belum apa-apa, dorang dah arahkan parti cap bunga untuk gunakan logo PKR… Katanya senang sikit nak raih pengundi. Logo cap bunga takde siapa kenal agaknya.. Hahaha! Kasihan! Belum lagi bekerjasama sudah jadi pak turut… Lepas ni makin tidak dikenali la parti cap bunga tu.

Pilihan raya menjadi medan yang berkesan dan platform yang bernilai bagi mempromosikan parti baharu seperti parti cap bunga… Jadi kalau korang guna logo PKR, alamatnya parti PKR jela yang akan semakin terkenal dan dikenali. Silap hari bulan rakyat akan fikir ahli parti cap bunga ini sebenarnya ahli PKR. Yela, dah korang guna logo lain.

Tindakan Pakatan Harapan yang mengarahkan parti cap bunga untuk menggunakan logo PKR menunjukkan bahawa mereka tidak yakin dengan kebolehan dan kekuatan parti tersebut. Lepas ini rakyat hanya akan kenal dengan Pakatan Harapan dan bukannya parti cap bunga. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s