Dimana Tempat Parti Bunga Nak Bertanding Di Pulau Pinang??

dimana-tempat

Parti cap bunga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat semakin rancak mempromosikan parti baharu mereka itu di sekitar negeri Kedah. Namun apa yang mengejutkan… Kenapa parti cap bunga itu dilihat tiba-tiba beralih arah ke Pulau Pinang??

Persoalan demi persoalan timbul setelah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat hadir ke Persidangan Kebangsaan DAP yang diadakan di IDCC baru-baru ini. Apa sebenarnya tujuan Mahathir datang ke persidangan DAP tu? Walhal dia tidak pernah dijemput, malah jauh untuk diundang.

Adakah Mahathir membawa satu agenda besar ke negeri Pulau Pinang?? Walaupun ramai dah tahu mengenai hubungan antara parti cap bunga dan DAP… Namun ada yang curiga dengan penglibatan Mahathir dalam persidangan tersebut.

Adakah selepas ini parti cap bunga akan bertanding di Pulau Pinang?? Bagaimana pula dengan penerimaan rakyat Pulau Pinang terhadap parti cap bunga itu. Dan yang menjadi tanda tanya, dimanakah kawasan yang akan parti bunga bertanding nanti??

Hah! Nak ke DAP benarkan dan beri peluang kepada parti cap bunga untuk ‘jual minyak’ di Pulau Pinang? Gomez rasa tidak! Korang ingat senang-senang je ke DAP nak beri kerusi dekat parti cap bunga tu? Mana dengan nak bahagikan kepada parti lain dalam Pakatan Harapan lagi. Lupakah korang dengan insiden perebutan kerusi sesama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan ketika pilihan raya Sarawak dahulu??

Sekarang ni bila tambah lagi satu parti… Korang rasa DAP akan bahagikan kerusi dengan aman ke? Memang tak la! Apa yang menghairankan Gomez, kenapa parti cap bunga tak tumpukan perhatian untuk bertanding di Kedah? Kenapa pilih Pulau Pinang?

Gomez syak parti cap bunga sudah dapat merasakan mereka tidak akan mampu untuk menguasai Kedah. Yela, kuasa DAP luntur di Kedah… Jadi parti cap bunga cuba mengintai peluang di Pulau Pinang kerana disitu adanya DAP.

Pastinya parti cap bunga merasakan mereka akan berjaya jika dengan bantuan DAP… Nampak sangat yang survival parti cap bunga hanyalah wayang! Heboh kononnya seluruh rakyat Kedah menyambut baik kedatangan parti cap bunga di negeri itu… Padahal yang menyambutnya hanyalah orang-orang yang kecewa.

Takpe kita layankan aje… Kita tengok sejauh mana penerimaan rakyat Pulau Pinang terhadap parti cap bunga ini. Bukan tu je, kita tunggu dan lihat kawasan mana yang akan dipertandingkan oleh parti cap bunga tersebut. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s