Zulin Aziz Perjelaskan Hal Sebenar Mengenai Dirinya Dan Ariz Forteen

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengacara Zulin Aziz ni kan?? Bagi Miss, Zulin merupakan seorang artis yang mempunyai pelbagai bakat.. Menyanyi, berlakon, berlawak dan mengacara pun boleh.. Baru-baru ni Zulin telah menarik perhatian ramai bila perubahan badannya yang semakin kurus..

Body Zulin sekarang memang meletop u’olls! Yela, sebelum ni Zulin agak berisi badan dia, bila dah kurus macam ni memang akan tarik perhatian ramai lah.. Miss sebenarnya tak nak cerita pasal kes badan Zulin.. Miss nak cerita pasal Zulin dan Ariz Lufias, atau lebih dikenali sebagai Ariz Forteen..

U’olls pun tahu kan dorang berdua berkawan ‘rapat’ bagai pasangan kekasih.. Hubungan pasangan ni sering mendapat perhatian peminat.. Baru-baru ni Miss dengar pasangan ni dikatakan bergaduh pulak.. Tak silap Miss sebelum ni pun, Zulin dan Ariz pernah dihimpit isu yang sama.. Kali ni apa pulak masalah dorang ek??

Sebelum ni kan Zulin dan Ariz kerap memuat naik gambar atau video bersama di media sosial, cuma sejak kebelakangan ni pasangan tu dah jarang memuat naik gambar bersama.. Itu sebab ada yang menganggap pasangan ni tengah bergaduh.. Bila dah heboh, perkara ni telah mendapat perhatian tuan empunya badan sendiri dan Zulin tampil menjelaskannya..

U’olls baca jer lah kapsyen panjang lebar yang Zulin tulis di akaun Instagram dia tu, Zulin tampil kerana dia dah bosan diajukan soalan yang sama mengenai hubungannya dengan Ariz.. Bukan setakat kapsyen panjang lebar tu jer, malah siap ada video dimuat naik sekali..

Dalam video tu menunjukkan hubungan Zulin dan Ariz masih baik dan siap memerli bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dorang tengah bergaduh.. Kononnya masing-masing sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak bersama..

Itu lah, lain kali jangan terlalu menonjolkan sangat kemesraan bersama kalau tak nak ‘dihujani’ dengan soalan yang sama setiap hari.. Bila ramai dok ambil tahu pasal dorang berdua, tahu pulak rimas dan tak tahan bila diajukan benda yang sama.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s