Wak Doyok Bengang Nama Dan Muka Digunapakai Oleh Lelaki Gila Seks

2a-copy

Nama Wak Doyok tak perlu lah Miss memperkenalkan lagi, siapa yang tak kenal dengan fashionista yang semakin meletop-letop ni kan.. Sebelum ni nama Wak pernah menjadi bualan hangat, selepas putus cinta dengan bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim..

Ramai yang menyangkakan hubungan pasangan tu akan berakhirnya dengan baik sehingga ke jinjang pelamin, tapi sayangnya hubungan dorang berdua hanya terjalin separuh jalan.. Nak buat macam mana kan, dah tak ada jodoh!! Miss tengok kedua-duanya masih belum temui pengganti baru..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal hubungan Wak dan Azrinaz pun, cuma Miss tertarik nak menceritakan satu tweet yang baru dimuat naik Wak di akaun Twitternya.. Cuba korang baca tweet Wak tu, marah betul dia dengan seorang individu yang menggunakan namanya dengan tujuan tak baik..

Mana tidaknya, individu tersebut menggunakan gambar dan nama Wak untuk mengkritik dan menyebarkan video-video tak senonoh di laman sosial.. Tak pasal-pasal Wak pulak kena maki dengan orang ramai.. Bagi mengelak dirinya terus dikecam, Wak mengeluarkan kenyataan ni supaya orang lain tak tertipu lagi dengan akaun palsu tersebut..

Yela, tak beritahu nanti, takut orang lain akan terus menyangka Wak pulak dok buat benda tak baik tu.. Haru Wak nanti bila digelarkan lelaki ‘gila seks’!! Hahaha.. Inilah lumrah menjadi selebriti, nama atau gambar dorang akan disalahgunakan oleh sesetengah individu yang tak bertanggungjawab.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s